Selasa, 7 April 2009

PPHT JUAL SKIM PEKEBUN KECIL?


MESRA....Sualim (tengah) setelah selesai prosiding.


MUNGKINKAH Penolong Pemungut Hasil Tanah di seluruh Sabah hidup mewah hasil daripada penjualan tanah di Skim Pekebun Kecil kepada pihak ketiga?

Isu tuntutan bertindih yang selama ini menjadi rahsia dan teka teki akhirnya terjawab dalam perbicaraan tanah di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 2 April 2009 apabila Mantan Penolong Pemungut Hasil Tanah Beluran, Sualim Sanan memberi keterangan di hadapan Hakim Yew Jen Kie.

Mengikut kajian sabahkini.net, di antara 1981-1982, Kerajan Perti Berjaya telah mengeluarkan Surat Tawaran Tanah Skim Pekebun Kecil kepada 11,000 peserta yang tidak mempunyai tanah di seluruh Sabah.

Namun apabila Parti Berjaya kalah kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985, skim berkenaan tergendala sebentar sebelum PBS bertindak membatalkan semua Skim Pekebun Kecil yang diluluskan kepafa 11,000 pemohon dan memberikan kepada penyokong mereka sendiri sebagai 'Collateral Damage' untuk memusnahkan akar umbi Parti Berjaya.

Memandangkan Surat Tawaran (offer letter) dikeluarkan dalam tiga salinan iaitu masing-masing untuk rujukan Pengarah Tanah dan Ukur, Penolong Pemungut Hasil Tanah dan pemohon asal yang diluluskan tanah berkenaan.

Namun, sabahkini.net telah berjaya membongkar enigma di sebalik amalan songsang ini apabila 99 peratus salinan surat tawaran yang disimpan oleh PPHT didapati hilang.

Misteri 'Kehilangan' ini akhirnya terjawab secara tidak sedar apabila Sualim memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 2 April 2009.

Dalam keterangannya, Sualim memberitahu bahawa di pejabat tanah sepatutnya mempunyai dua salinan surat tawaran. Satu salinan dipegang oleh pemilik tanah dan satu salinan lagi disimpan di pejabat tanah.

"Dalam surat ini surat yang dipegang oleh pemilik asal ada diserahkan kepada pejabat tanah tetapi salinan yang disimpan di pejabat tanah sendiri tidak dapat dikesan. Kedua-dua surat tawaran itu hendaklah sepatutnya dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Ukur didalam surat ini tetapi salinan yang ada di pejabat Tanah tidak dapat dikesan dan tidak dapat dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Ukur," kata Sualim ketika menjawab pertanyaan Peguam Ansari Abdullah yang mewakili Hassnar MP Ebrahim berhubung sepucuk surat yang dijadikan bukti di Mahkamah.

Jawapan tersebut merupakan 'paku keranda' yang tidak dapat dicabut oleh Peguam defendan yang tidak langsung menyedari jawapan Sualim adalah 'malapetaka' bagi klien mereka kerana sekaligus mendedahkan penipuan yang berlaku.

Surat Tawaran yang sepatutnya ada dalam simpanan Pejabat Tanah Beluran telah 'dijual' dengan harga yang agak mahal kepada 'pemohon' gantian dan bukannya hilang.

Tindakan PPHT Beluran mengemukakan dua salinan 'Surat Tawaran' asal kepada Pengarah Tanah dan UKur untuk proses tukar nama menunjukkan terdapat 'konspirasi bersindiket' sejak sekian lama berakar umbi di Jabatan Tanah dan Ukur.

Tanpa disedari Peguam Pembela, Sualim telah mendedahkan bahawa 'mereka menjual' surat tawaran awal yang ada dalam simpanan PPHT dan bukannya hilang kerana 'satu salinan asal' surat tawaran berada di Mahkamah ketika itu yang dijadikan dan diterima sebagai bahan bukti!

Jika hanya tiga salinan surat tawaran di keluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur, bagaimana ada 'empat' salinan surat Tawaran yang dikemukakan di mahkamah Tinggi Sandakan iaitu salinan untuk Pengarah Tanah, PPHT, Plaintif dan Defendan?

Keterangan Sualim telah menjawab enigma yang menjadi trauma kepada pemilik asal atau pemohon asal tanah berkenaan apabila mendapati nama mereka digugurkan atau bukti palsu yang dibuat kononnya mereka tidak lagi berminat terhadap tanah berkenaan dan menyerahkannya kepada pemohon baru.

Senario ini memberikan 'Kuasa Mutlak' kepada PPHT untuk menggantikan pemohon tanpa melalui proses biasa dengan hanya mengganti pemohon dengan memberikan kelulusan MUTLAK tanpa perlu merujuk kepada Pengarah Tanah dan Ukur, sedangkan PPHT tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan walau seinci tanah!

Ikutikan kronologi perbicaraan ini dengan penumpuan kepada saksi, Sualim Sanan untuk membuat analisa kritikal terhadap kepincangan yang berlaku di Pejabat PPHT yang telah menjadi 'Pusat Mafia Berlesen' menjual tanah rakyat Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan