
PENYERTAAN mantan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Ming dengan Parti Keadilan merupakan sudah tepat pada waktunya gandingan mantap bersama Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah pasti menggugatkan BN pada PRU 13.
Chua yang bersifat mudah tersenyum itu menggamit hati rakyat bukan saja kepada orang Cina tetapi pelbagai kaum lain kagum dengan perwatakan veteran itu. Tahniah kepada Datuk Chua Jui Ming, mudah-mudahan kemasukan beliau itu dalam PKR dapat menambah lagi keyakinan rakyat dalam gegasan Pakatan Rakyat di seluruh negera. MCA yang kini ditinggalkan oleh pemimpin berpengalaman itu seperti Datuk Chua Jui Ming, sudah tentu pucuk pimpinan parti MCA itu merasa kehilangan seorang pemimpin yang tabah dan tahan lasak, walaupun bertubi-tubi digasak oleh kawan dan lawan, namun Chua masih mampu melemparkan senyuman kepada yang mengutuk dirinya. Ramai yang berpendapat bahawa penyertaan Mantan Menteri Kesihatan itu memberi impak kepada BN Negeri Johor pada PRU 13 yang semakin hampir .
Barisan Nasional terutamanya UMNO kini sudah mula gusar dan risau kepada pemimpin senegeri beliau iaitu, Timbalan Perdana Menteri sekarang ini Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mungkin kini dapat dikesan UMNO akan kecundang pada PRU 13. Pemimpin nombor dua dalam Umno itu "berkata bahawa punca kehilangan keyakinan rakyat kepada umno kerana sikap angkuh para pemimpin parti tersebut yang sudah kaya raya" , sampailah beliau sanggup mengeluarkan perkataanya ahli Umno perlu balik pergi sekolah. Sanggupkah pemimpin Umno kembali ke sekolah, mekanisme baru untuk memulihkan hati rakyat yang terguris itu disebabkan sikap sombong, ego,suka menunjuk-nunjukkan kekayaan kepada orang yang miskin mengunakan kuasa sesuka hati, menuduh dan memfetnah pemimpin yang tulus memperjuangkan hak rakyat seperti Dato Seri Anwar Ibrahim
Bila menjelang pilihan raya kecil ataupun pilihanraya umum ,mulalah drama mereka , derma sini, derma sana, ada yang sanggup naik turun rumah yang usang, bersalaman tangan dengan orang sakit hampir mati (nazak) tetapi bilamana kalah dalam pilihan raya rakyat yang disalahkan kononnya tidak menyokong BN mulalah bangkit membangkit beginilah sikap pemimpin BN dan UMNO .
Pandangan amk Sabah ....kami menyokong dan berikrar akan berjuang bersama Datuk Chua Jui Ming bagi memantapkan sokongan kaum CIna di sabah pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan