BATU SAPI - Mustafah Bin Talib ,dijadualkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah, tidak lama lagi. Menurut Pengerusi Cabang PKR Batu Sapi anak buah nya akan menyertai perjuangan PKR kerana sudah tidak sehaluan dengan UMNO Batu Sapi.
Sejak sekian lama beliau berjuang dalam UMNO tidak sebarang perubahan terhadap ekonomi masyarakat batu sapi, melainkan UMNo hanya memberikan janji tinggal janji, Mustafah berikrar akan terus berjuang menentang ketidak adilan yang kono di perjuangkan UMNO di batu sapi, apa yang dilihat menurut Mustafah, "yang senang lenang hanya segelintir pejuang UMNO yang dekat dengan pemimpin, manakala seperti saya dan Ketua-Ketua Cawangan yang lain tersisih atau lebih tepat dikatakan sebagai anak tiri.
Mustafah yang juga Ketua Cawangan UMNO Bandar Ramai-Ramai telah melepaskan jawatannya serta keahlian UMNO Batu Sapi berkuatkuasa 1 Okt 2015 hari ini. Menurut Mus, akan ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang kecewa seperti nya akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini, atau menjelang Pilihanraya ke 14 akan datang.
Menurut Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sabah, Mustafah akan di rasmikan menyertai PKR pada masa terdekat ini, sama ada di Pejabat PKR Batu Sapi ataupun di suatu Majlis besar di Ibu Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan