Oleh: OMAR QAYYUM
SANDAKAN yang sebelum ini terkenal sebagai pengeksport kayu balak dan minyak sawit, kini menjadi Jelapang Padi Utama di Malaysia yang sewajarnya dimasukkan ke Guinness Books Of World Record, sekalipun tidak dimasukkan ke dalam buku geografi sekolah-sekolah di Malaysia.
Demikian kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainuddin Hassan yang mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turun padang menyelesaikan isu yang menjadi rungutan ramai sejak 25 tahun lalu dan gagal diselesaikan oleh beberapa menteri sebelum ini.
“Kita cabar menteri KPDNKK letak jawatan jika gagal menghentikan isu penyeludupan ini kerana rakyat menderita disebabkan semua beras subsidi dieksport ke luar Negara,” ujar Zainuddin yang mendesak agar pihak penguatkuasa menyiasat syarikat Khong Dar Hong yang mendalangi semua kegiatan beras seludup di Sandakan.
Walaupun tidak sampai sekangkang kera padi yang ditanam di Terusan Sapi Sandakan, namun kata Zainuddin, Pelabuhan Barter Trade Sandakan menjadi pengeksport utama yang mengendalikan berjuta tan beras yang kononnya dibawa masuk daripada Vietnam, namun Zainuddin enggan mengulas lanjut dan mencabar Sabahkini.Net membongkar kegiatan haram berkenaan atas faktor keselamatan.
Krew Sabahkini.Net yang memantau gudang ‘King Pin’ Barter Trade, Khong Dar Hong terkejut apabila siasatan mereka mendapati isteri salah seorang Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menjadi agen tunggal Kong Dar Hong untuk memasar dan mengedarkan beras ke Filipina dan pasaran tempatan.
Secara luaran, Timbalan Presiden MPS berkenaan kelihatan terlalu alim dan lemah lembut serta mempunyai Perhubungan Awam (PR) yang baik namun isterinya seorang ‘Mafia’ yang langsung tidak berhati perut kepada rakyat miskin kerana mendalangi kegiatan penyeludupan beras bersubsidi ke luar negara.
Timbalan Presiden MPS yang kononnya berhati nabi berwajah wali dan isteri ‘Mafianya’ gagal disentuh pihak berkuasa kerana dilindungi lelaki misteri yang berpangkat Tan Sri, berjaya menyembunyikan kejalangan mereka dengan melantik sub-kontraktor yang bernama Abdul Muin atau ‘1Abdul’ bagi menjaga kedudukan Timbalan Presiden MPS.
Kehebatan perniagaan ‘1Abdul’ ini tidak dapat disangkal oleh semua pihak yang mencari makan di Barter Trade kerana setiap masa terdapat 20 kumpit yang berlabuh dan setiap kumpit memerlukan masa antara lima hari sehinga satu minggu untuk memunggah masuk muatan; namun purata seminggu hanya 15 Kumpit yang membawa beras dan selebihnya gula, minyak masak, rokok, minuman keras dan sebagainya.
Setelah menjalankan siasatan dan pemerhatian selama satu minggu, Sabahkini.Net telah merumuskan Modus Operandi penyeludupan beras yang dilaksanakan ‘Satu Abdul’ sebagai ‘Operasi Sesumpah’ kerana melibatkan penukaran karung.
Beras yang diimport daripada negara luar seperti Vietnam tiba di Pelabuhan Sandakan yang akan diurus oleh ‘1Abdul’ yang kemudiannya menemui Pegawai Kastam yang bernama Otoh Sibik Haji Sahak sebelum dihantar ke Gudang Simpanan yang disewa.
Para pekerja ‘1Abdul’ akan mengeluarkan beras import daripada guni dan dicampurkan dengan beras tempatan terutama beras bersubsidi sehingga satu guni beras import menjadi tiga guni beras untuk dieksport.
‘1Abdul’ menggunakan guni baru yang telah cetak nama palsu sama dengan guni beras import sebelum dihantar ke Gudang Bonded bagi mendapat Deklarasi Kastam dan dipindahkan ke dalam kumpit.
Persekongkolan ‘1Abdul’ dengan Pegawai Kawalselia Padi dan Beras Sandakan telah memperkaya Timbalan Presiden MPS sejak 25 tahun lalu dan menjadikan jawatannya sebagai ‘lubuk emas’ agar terus menjadi ‘halimunan’ Under Ground dalam kegiatan penyeludupan.
Walaupun berstatus ‘Jutawan’, namun Timbalan Presiden MPS yang sebelum ini pernah terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan ini terus memegang jawatannya bagi menghabiskan masa agar kelihatan alim dan beriman (Holyman) sekalipun menjadi salah satu ‘King Pin’ yang menguasai ‘Black Market’ selama ini.
Last Updated on Friday, 05 February 2010 00:16
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan