
MAJLIS Perbandaran Sandakan (MPS) mengesahkan bahawa Kampung Perpaduan BDC ialah tanah adat anak negeri Sabah kerana pihak berkuasa tempatan pernah mengenakan cukai pintu terhadap semua rumah yang didirikan di Kampung berkenaan.
Bagaimanapun, pungutan cukai pintu berkenaan dihentikan apabila kerajaan memperkenalkan polisi baru di dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain, 40, (gambar) ketika memberi keterangan di dalam kes perbicaraan sivil di Mahkamah Tinggi Sandakan mengakui bahawa kawasan perkampungan BDC di zon sebagai Tanah Kerajaan (State Land).
"Tetapi Kerajaan telah meluluskan 100 ekar daripada kampung tersebut kepada Majlis Perbandaran Sandakan untuk menjalankan usahasama membangunkan tanah berkenaan dengan rumah kedai dan pusat komersil," kata Hamsan yang memaklumkan Memorandum Usahasama berkenaan dimaterai selepas BDC diroboh.

Bagaimanapun Hamsan meminta mahkamah memberikan beliau sedikit masa untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan kerana beliau belum bekerja dengan MPS ketika cukai pintu dikenakan kepada penduduk BDC.
Siasatan sabahkini.net mendapati kawasan seluas 100 ekar yang diluluskan kepada MPS telah ditimbus sepenuhnya telah dicagarkan ke Sabah Development Bank untuk mendapatkan pinjaman sejumlah RM104 juta untuk membangunkan kawasan berkenaan namun belumdapat memastikan sama ada pinjaman berkenaan dibuat oleh MPS atau syarikat yang menjalankan usahasama berkenaan.

Sebuah papantanda telah didirikan di atas tanah CL 077580879 seluas 100 ekar berkenaan untuk mendirikan sebuah Hotel Equatorial, namun kerja-kerja pembinaan dihentikan sejak kes ini didengar di Mahkamah Tinggi Sandakan walaupun kerjamenebusguna tanah telah siap sepenuhnya.

HOTEL....Hotel lima bintang ini akan menenggelamkan kemasyhuran BDC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan