
WALAUPUN Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menjadi Presiden UMNO dan menguatkan tekad melalui sokongan padu dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan kini sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun seperti ada yang tidak kena apabila BN masih gagal merebut kerusi dua bukit!
Sebelum ini, Tun Pak Lah yang dianggap lembik oleh pemimpin UMNO sudah mengalah atas desakan Tan Sri Muhiddin Yassin serta kuncu-kuncunya yang mendesak supaya beliau berundur dari Presiden UMNO Malaysia sekaligus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Semua pemimpin UMNO kini memuji Pak Lah sehingga pesta puji memuji pun terus berlarutan disiarkan dalam TV3 dan media arus perdana, namun bak kata pepatah, menang sorak kampung tergadai.
Senario ini menunjukkan kewibawaan, karisma dan ketrampilan Najib sudah tercalar dan tercabar dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah.
Tidak ada kelainannya semasa Najib mengambil alih sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dan semasa ia masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tidak ada kelainannya apa apa. Malahan melonjak majoriti Pakatan Rakyat di Dua Bukit tersebut.
Memang benar kita dengar suara-suara sumbang dari Menteri UMNO/BN yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah tidak boleh dibuat "kayu pengukur" kepada kepimpinan Najib dan harus diuji pada Pilihan Raya Umum ke13 kelak.
Kenapa perlu tunggu PRU13 ? Kenapa tidak sekarang tunjukkan ketrampilan seorang Presiden UMNO yang berwibawa? Kalau UMNO mahu uji pengaruh sama ada Najib mendapat sokongan rakyat atau tidak, kenapa tidak bubar sahaja Kerajaan BN agar rakyat diberi peluang memilih parti mana satu yang boleh memerintah Kerajaan Malaysia?
Walaupun hingga PRU13, Najib dan Muhiddin Yassin menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, ia bukan satu ancaman kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat.
Yang penting para pengundi Malaysia sudah bosan dengan UMNO yang memerintah selama 52 tahun, masih belum ada apa-apa perubahan hingga sekarang.\ kerana sebenarnya Rakyat Malaysia mahukan pembaharuan menerusi Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan