Sabtu, 18 April 2009

Anwar Mulakan Ucapan Tepat Jam 10.30


Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan beliau tepat jam 10.30 malam ini dengan disambut tepukan gemuruh oleh ribuan rakyat. Dalam ucapan awalnya Anwar menjelaskan tentang isu penderhakaan. UMNO menuduh pemimpin PAS Perak yang juga MB yang sah iaitu Datuk Seri Ir.Nizar Zakaria telah menderhaka. Beliau membuka lipatan sejarah tentang isu penderhakaan ini. Beliau mengingatkan rakyat tentang "Hikayat Hang Tuah" dan kisah penderhakaannya terhadap Sultan Melaka. Beliau juga menyatakan bahawa isu "Sembah Derhaka" itu telah berlaku sejak dulu lagi cuma para pemimpin UMNO sebenarnya tidak belajar dari sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan