Ahad, 22 November 2009

KENAPA SAM MANAN MEMBISU SETELAH BERSUBAHAT DENGAN PENIPU?















SETELAH Surat Terbuka kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan disiarkan Sabahkini.net tidak menimbulkan sebarang reaksi, Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan menulis surat rasmi yang diserahkan pada 15 November 2009 berhubung isu pembalakan di tanah tinggi melebihi 25 darjah.

Persoalannya kenapa Sam Mannan membisu dan tidak memberikan sebarang ulasan kepada surat terbuka sedangkan sebelum ini Sam Mannan dengan sukarela menjawab surat Zainuddin dengan memberikan pelbagai 'cover-up' melalui suratnya JPHTN/PP (S) 500-0/6/8 bertarikh 10 September 2009?











































"Lebih mengejutkan saya, kontraktor pembalakan, Danagaya Sdn.Bhd yang dimiliki seorang penjenayah antarabangsa, Michael Chia Tien Foh, telah mula menyeludup keluar balak yang ditebang di kawasan cerun tinggi di Kuamut melalui Kalabakan dan dikumpulkan di Pangkalan Lalangut, Tawau," ujar Zainuddin ketika menghubungi Sabahkini.net setelah menghantar salinan surat berkenaan melalui email.

Balak yang ditebang di kawasan tanah tinggi di konsesi YS 3/07 (5), kata Zainuddin, yang sebelum ini dihantar ke Pangkalan Sapi, Beluran sebelum diangkut dengan Skaw ke Sandakan kini telah dilencongkan ke Pangkalan Lalangut.

"Apakah balak tersebut boleh hilang daripada pandangan polis trafik, kastam, jabatan perhutanan, Agensi Pengawal Maritim Malaysia, Polis Marin dan sebagainya sehingga tidak ada pihak penguatkuasa yang menyedari bagaimana balak tersebut boleh sampai ke Pangkalan Lalangut yang begitu jauh?," tanya Zainuddin yang meyakini pihak berkuasa telah bersubahat dan telah dirasuah oleh Danagaya Sdn.Bhd kerana banyak balak melebihi saiz atau di bawah saiz ditebang di konsesi berkenaan.

Walaupun Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan lesen pembalakan, namun ianya telah ditangguhkan untuk siasatan, namun Danagaya Sdn.Bhd yang mendapat 'suaka' daripada Ketua Menteri Sabah telah membalak kawasan tersebut dan berjaya menyeludup keluar balak yang ditebang.

Sehubungan itu, Zainuddin telah menulis surat rasmi bagi memperbaharui versi surat terbuka yang disiarkan Sabahkini.net baru-baru ini.

"Saya berharap agar Sam Mannan telus dan berterus terang sebagaimana keberanian beliau ketika membantah pengwujudan Benta Wawasan di hadapan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun)," cabar Zainuddin yang percaya Sam Mannan telah menyimpang daripada prinsip dan ketegasannya selama ini dan hanya menjadi keldai Musa Aman untuk menutup kejalangan yang dilakukan Danagaya Sdn.Bhd.

Zainuddin turut mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu lembab menjalankan siasatan dan tidak langsung berkemahiran berhubung isu pembalakan haram, bagaikan tamsilan tujuh orang buta dengan seekor gajah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan