Pakatan Rakyat yakin mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang dianggap kubu kuat UMNO, sekali gus mencatat kemenangan sulung di negeri wilaya selatan Semenanjung sejak pergolakan politik 8 mac tahun lalu.
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Ust Pajudin Bin Hj.Nordin berkata kemenangan tersebut penting sebagai titik tolak Pakatan Rakyat di selatan Semenanjung yang dianggap kubu kuat UMNO dan sekutunya Barisan Nasional (BN) Bagaimanapun,beliau menyifatkan peluang untuk memenangi pilihanraya kecil itu seimbang 50-50 antara kedua –dua pihak kerana kepercayaan rakyat terhadap UMNO –BN sudah tidak setegap dulu, malahan sudah kian luntur dan muak terhadap tindak tanduk para pemimpin UMNO .
Selain factor peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kian ketara dan mendapat sambutan pada masa ini, katanya lagi kerajaan negeri pimpinan UMNO-BN dilihat gagal menyelesaikan banyak isu rakyat diketepikan, Kononnya 1 Malaysia rakyat di dahulukan yang sebenarnya 1 Malaysia kroni /pemimpin UMNO-BN yang di dahuluankan, rakyat dibelakangkan. Di sebabkan factor ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
“ ISU Tanah, projek perumahan terbengkalai dan cukai pintu, semuanya gagal ditangani kerajaan negeri dengan bijak. Katanya kepada wartawan bebas PKR Sabah dan menganggap pilihanraya kecil itu akan menjadi kayu pengukur kepada prestasi kerajaan negeri.
Ust.Pajudin berkata, UMNO –BN sebenarnya tidak kuat di Bagan Pinang jika Pru umum lalu dijadikan kayu pengukur, kerana UMNO terlalu bergantung kepada pengundi POS yang bilangannya kira – kira 5,000. Tanpa undi pos, kekuatan Pakatan Rakyat di Bagan sudah pasti tiada tandingan berbanding UMNO-BN .
Sudah seharusnya UMNO-BN membuat perkiraan di DUN Teluk Kemang yang di mana BN kalah walaupun undi Pos banyak”, katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh hari penamaan CALON dan hari pengundian pada 14 September ini. Katanya pilihanraya kecil tersebut juga akan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai “Parti yang bertanding”kerana badan berkenaan akan memainkan peranan dalam pengendalian undi Pos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan