Rabu, 19 Ogos 2009

SPRM HARUS SIASAT 'PENJUALAN' HUTAN SIMPAN KUAMUT



PARTI Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengutuk keras tindakan Kerajaan Negeri Sabah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan bercerun curam melebihi 25 darjah yang diharamkan kegiatan pembalakan sehingga merosakan alam sekitar dan memusnahkan Hutan Simpan Komersil Kuamut Kelas II.
Selaras dengan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan rapi bagaimana Kerajaan Negeri boleh 'menjual' kawasan cenuram Hutan Simpan Kuamut yang mempunyai dirian kayu balak yang berisipadu tinggi kepada Yayasan Sabah yang kemudiannya melantik lima konsesi untuk menjalankan kegiatan pembalakan di kawasan berkenaan."Di mana SPRM yang sebelum ini begitu rakus untuk menyiasat dan memugar Hutan Simpan Lojing di Kelantan pada Mac 2007 kerana mendakwa ianya dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Namun apabila kroni Musa Aman, Datuk Admund Looh Chai Boon yang menebang kayu di bawah ukur lilit di Kompartment Yayasan Sabah Keningau, SPRM tidak berani memasuki Konsesi Yayasan Sabah yang terletak di YK 1/04, YK 1/05, YK 1/06, YK 1/07 dan YK 1/08 yang telah diusahakan sejak 2004," ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan.Kali ini kata Zainuddin, Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan pembalakan di kawasan cerun curam di Hutan Simpan Kuamut kepada Kroni Musa Aman, iaitu Michael Chia yang masih mempunyai kes penggubahan wang haram yang belum selesai di Hong Kong.Walaupun hutan simpan ini adalah Hutan Simpan Komersil, namun kata zainuddin, Enakmen Perhutanan tidak membenarkan sebarang kegiatan pembalakan dilakukan di kawasan cenuram yang melebihi 25 darjah, sebaliknya Jabatan Perhutanan Sabah telah 'diarah' mengeluarkan Lesen Pembalakan untuk memasuki Blok YS 3/07 (5) di bawah Lesen Konsesi SFMLA. 09/97 kepada Yayasan Sabah (Rakyat Berjaya Sdn.Bhd) seluas 4,729.95 hektar."Kenapa Kerajaan Negeri menghalalkan pembalakan ini di Kup SDK 13/09 melalui peta 75/121 yang dipalsukan atau diubahsuai kepada syarikat kroni Ketua Menteri Sabah selama tiga tahun bermula 22 JUlai 2009 dan akan berakhir pada 21 Julai 2012," ujar Zainuddin yang kesal kerana SPRM seolah-olah ditutup mata semata-mata kerana pelakunya adalah Kroni Ketua Menteri Sabah.Tegas Zainuddin, pihaknya telah mengenalpasti Yayasan Sabah telah melantik lima syarikat milik atau berkaitan dengan Michael Chia Thien Foh, iaitu 'adik angkat' MUsa Aman masing-masing Danagaya Sdn.Bhd; Sinabumi Sdn.Bhd; Sabahpioneer Sdn.Bhd; Rimba Kita Sdn.Bhd dan Wangsa Jadi (Sabah) Sdn.Bhd, namun hanya satu syarikat sahaja iaitu Danagaya Sdn.Bhd yang mendapat lesen membalak di kawasan cenuram.



























































BONGKAR.... Surat kelulusan ini merujuk kepada kawasan yang tanah cenuram namun tidak dinyatakan di dalam lesen ini.


Zainuddin menekankan, pihaknya mempunyai bukti bahawa kelima-lima syarikat ini telah menebang di luar kawasan yang diluluskan kepada mereka dengan menceroboh kawasan cenuram dan menebang semua balak di sana iaitu di kawasan yang berketinggian 2,930 sehingga 3,370 meter daripada aras laut.Mengikut dokumen perjanjian yang ditandatangani antara Pemegang Konsesi dengan Yayasan Sabah, kata Zainuddin, antara lain melarang sebarang kegiatan pembalakan dilakukan di kawasan bercerun curam melebihi 25 darjah dan di kawasan riparian atau simpanan Sungai berdasarkan keluasan sungai antara 40 hinga 100 meter."Jika sabit kesalahan, pemegang konsesi boleh didenda RM5,000 bagi setiap balak yang ditebang daripada riparian dan kawasan cenuram dan secara automatik perjanjian konsesi terbatal kerana melanggar syarat kontrak. Namun oleh kerana SPRM masih tidur dan ketakutan dengan kes Teoh Beng Hock, maka pembalak kaya ini menebang kawasan cenuran dan riparian dengan rakus," ujar Zainuddin lagi.Kata Zainuddin, kini adalah masa yang paling sesuai untuk memulihkan imej SPRM yang tercalar oleh kes kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan kes rasuah Kasitah Gadam dan Ramli Yusof.

Sesuatu yang amat mengejutkan kata Zainuddin, dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah ialah menyerahkan Hutan Simpan Kuamut Kelas II kepada Yayasan Sabah untuk dijalankan secara konsesi oleh kesemua lima syarikat yang mendakwa mereka adalah Kroni Ketua Menteri Sabah.




Tebal
"Kita mempunyai bukti siapa yang menerima wang hasil kegiatan pembalakan 'haram' berkenaan terutama modus operandi pembayaran yang melibatkan kegiatan penggubahan wang haram. Lazimnya syarikat sub kontraktor pemilik konsesi akan membayar sejumlah tertentu untuk mendapatkan kelulusan membalak bagi konsesi berkenaan dan ianya diterima oleh seorang lelaki yang ditangkap bersama Michael Chia sebelum wang berkenaan dipindahkan ke akaun seseorang dan 'dicucilagi' melalui transit ke beberapa akaun sebelum diserahkan kepada Pembesar Negeri sebelum disimpan oleh Pemegang Amanah yang dijadikan proksi.Namun kata Zainuddin, adalah terlalu awal pihaknya mengemukakan bukti penglibatan pegawai atasan dan pembesar negeri dan hanya bersedia menyerahkan dokumen berkenaan kepada SPRM dengan syarat disaksikan Suruhanjaya Bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan. Siasatan Sabahkini.net di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Michael Chia menggunakan nama isterinya,Yap Siaw Lian sebagai proksi iaitu bagi syarikat Rimba Kita Sdn.Bhd, Wangsa Jadi Sdn.Bhd, Sabapioneer Sdn.Bhd, Sinabumi Sdn.Bhd dan Sanagaya Sdn.Bhd. Rakan Michael Chia yang lain ialah Loh Man Heng, Lu Tung Nung, Lo Shwu Fen, Chau Chaing Yi @ Raymond dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan