Sabtu, 23 Mei 2009

NIZAR KALAU MENANG JADI ARANG, KALAU KALAH JADI ABU?





















Kekalahan Zambry di Mahkamah Tinggi baru-baru ini dalam kes penentuan Menteri Besar Perak, tidak akan membawa apa-apa mesej perubahan senario politik Pakatan Rakyat yang sedang bergolak di Perak.

Keputusan Mahkamah Tinggi baru baru ini, yang berpihak kepada Nizar, bukan satu penyelesaian politik yang bernoktah. Begitu juga rayuan Nizar ke Makamah Persekutuan nanti, setelah 3 Hakim Mahkamah Rayuan menolak kesahihan Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kalaupun Hakim Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar kelak, ia juga tidak akan merubah senario politik Pakatan Rakyat di Perak. Krisis politik terus bergolak juga.
Kalau keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar nanti, sidang DUN mesti diadakan atas arahan DYMM Sultan Perak. Dalam persidangan DUN nanti, BN akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Kerajaan PAS (Pakatan Rakyat).

BN mempunyai suara majoriti dalam DUN, 31 berbanding Pakatan Rakyat 28 ketika ini. Kalau pun ketika itu Nizar ambil kesempatan untuk membubarkan DUN Perak, ia tidak akan berjaya tanpa perkenan DYMM Sultan Perak bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalau kalah jadi abu. Keputusan DYMM Sultan Perak, keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan Mahkamah Persekutuan, semua pihak mesti menghormatinya. Walaupun keputusan tersebut tidak bernoktah. Masalahnya sekarang, 3 tahun bagi Nizar menunggu PRU, agak terlalu lama. Bagi Zamry, 3 tahun duduk sebagai Menteri Besar Perak agak terlalu cepat. Untuk dapat satu keputusan bernoktah, PRU nanti, rakyat akan menjadi hakim, keputusan rakyat tidak dapat dipertikaikan lagi. Biarkan dulu Zamry akan terus menyanyikan lagu bertajuk "Penantian Suatu Penyiksaan". Mengimbau kembali liputan sejarah pada tahun 90-an bahawa Mantan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, sudah memikirkan perkara sebegini akan berlaku di Malaysia.

1 ulasan:

  1. Inilah sendiwara dunia,apabila UBN mampus, guna kuasa sultan melayu,ada setika Sultan melayu, di hina oleh Ubn,kuasa rakyat d cabul,UBN bergembira, seolah-olah malaysia ni UBN punya.inilah punca Rasuah,sombong,bangga diri higga sanggup membunuh.Sesuatu seketika RasulAllah S.a.w dihina oleh kartunis europa&barat org umno diam pemimpin umno diam raja melayu diam.seketika raja melayu di tegur oleh rakyat,rakyat d tangkap dan di dakwa ini pemerintah tamak kuasa duit segala2 bagi mereka.haram di halal.Halal d haram.BN 28 PKR 28. babi 3 ekor.cuba kira betul UBN 28+3 ekorbabi=31.(total 31 ekor babi jd ubn babila pdn ubn bodoh undang2.

    BalasPadam