Isnin, 18 Mei 2009

ANIFAH, JANGAN BUKA PEKUNG DI DADA: ZAINUDDIN




















THUMB DOWN.... Zainuddin menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah di hadapan gambar Anifah di sebuah siber cafe di Sandakan.

MENTERI Luar, Datuk Anifah Aman disarankan agar tidak membuka pekung di dada dengan membuat kenyataan terbuka yang menghina dan mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai prasyarat menyertai Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan membuat saranan demikian sebagai mengulas tindakan 'celupar' Anifah mendedahkan tawaran Anwar kepadanya di Washington D.C baru-baru ini.

"Siapa yang membuat tawaran kepada siapa? Kami menyaksikan dengan mata dan kepala kami sendiri Anifah datang berseorangan ke bilik hotel penginapan Datuk Seri Anwar sebelum subuh semasa lawatan Anwar ke Sabah," kata Zainuddin yang enggan mendedahkan butiran perjumpaan berkenaan secara terperinci atau siapa lagi pemimpin BN yang datang berjumpa Anwar selain Anifah kerana ianya rahsia parti.

Namun kata Zainuddin beliau tidak akan teragak-agak mendedahkannya di mahkamah sekiranya diminta menjadi saksi oleh Anwar Ibrahim yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Anifah.

Adalah lebih baik bagi Anifah, kata Zainuddin, berdiam diri dan tidak mencari publisiti murahan dengan membuat dakwaan palsu kerana beliau percaya Anwar tidak memerlukan pemimpin seperti Anifah untuk membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat jika ianya menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Anifah sebagai berkata 'pertelingkahannya' dengan Anwar adalah isu remeh yang tidak perlu diberi perhatian.

"Beliau bukan keutamaan bagi saya. Sebagai Menteri Luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Tak ada sebarang masalah jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya. Ini perkara remeh," katanya.
SILA KLIK UNTUK BACA SIDANG AKHBAR ANIFAH DI WASHINGTON DC

Kenyataan ini dipetik daripada sabahkini.net pada 18/05/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan