Lot lot kedai berhampiran Post Kem Tentera Di Raja Malaysia Jalan Army Kem ,kesua lot kegai ini dimiliki oleh pesarah tentera dan telah diluluskan oleh MPS untuk permohonan bekalan Elektrik dan telepon serta lessen gerai ,lessen bengkil.
Gambar Mejer Bersara Awalludin Bin Hassan
yang sedang sakit namun diberi NOTIS pindah dan roboh kedai oleh MPS...
Kesemua 11 lot kedai ini telah dibangunkan oleh Mejer Bersara Awalludin Bin Hasan dengan mengunakan wang hasil dari penjualan tanah 1 ekar bertempat di Nibung Tebal Pulau Pinang.
Selepas sahaja Mejer Awalludin bersara dari tentera , beliau terus tinggal di lot kedai tersebut selama 25 tahun lamanya. Bersebelahan dengan kedai / gerai milik pesara tentera ini, lebih kurang 300 meter adalah Post Kem Tentera Di Raja Malaysia .
Pada 19 Mac 2009 Pihak MPS telah mengeluarkan NOTIS arahan roboh Struktur mengikut Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Ordinan No.11, 1961) Undang Undang Kecil Bangunan (Pindaan) 1982 Majlis Perbandaran Sandakan, kepada Mejer Bersara Awalludin dan beberapa pesara yang lain.
Persoalan nya kenapa hanya bila MPS ada kepentingan untuk orang – orang tertentu baru hendak memberi NOTIS kepada pemilik kedai ,perkara ini serupa juga dengan apa yang telah berlaku di Kg.Perpaduan BDC Sandakan. Bukan menjadi satu kemuskilan kawasan yang berhampiran Kem tentera cuba dibanggunkan untuk kegunaan awam, bukan ke ia hanya akan membawa kemudaratan kepada pertahanan kita bila mana orang awam dibenarkan berlegar legar diluar Kem Tentera dan berkemunkinan juga ada anasir luar yang akan mengambil kesempatan…….? Banyak boleh berlaku yang diluar jangkaan kita.
Kenapa ke pihak MPS tidak member ruang atau membenarkan pesara pesara ini meneruskan kehidupan mereka di tempat tersebut, seelok – eloknya pesara pesara ini dapat juga menjadi pemerhati/mata dan telinga kepada pihak Tentera sekiranya ada kemungkinan anasir luar yang cuba mensabotaj .
Kalaupun benar MPS hendak meroboh Kedai/Gerai PBT ini ,ada sebaiknya pihak Kerajaan menyiasat terlebih dahulu ada ke perlu pembangunan harus di dirikan berhampiran dengan Kem Tentera ataupun sebaliknya.
Dan sekiranya juga pihak MPS dan Kerajaan tempatan sudah tidak boleh mempertimbangkannya , fikir – fikirkanlah khidmat bekas tentera ini tanpa mereka tidak kita mengecapi kemerdekaan dan keamanan pada hari ini……..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan