Ahad, 29 Mac 2009

APA KATA PAK LAH BILA KJ KENA BOO?



MANTAN Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya, Khairy Jamaluddin boleh menjadi pemimpin Pemuda UMNO yang berjaya walaupun kerap kena boo oleh perwakilan apabila namanya disebut dalam Perhimpunan Agung parti itu.Katanya, walaupun nampak seperti tidak disenangi dan kena boo tetapi Khairy akan bekerja ke arah itu.Perdana Menteri memberikan contoh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berdepan perkara sama ketika mula dipilih memimpin Pemuda UMNO.“Anwar pernah dapat 10 undi tetapi akhirnya dia diterima dan bergerak cepat..tetapi akhirnya kita tahu apa yang terjadi padanya,” katanya pada sidang media sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO 2008 di PWTC, petang Sabtu.Mantan timbalan perdana menteri yang kini menjadi Ketua Pembangkang memperolehi jumlah judi tersebut ketika menewaskan Ketua Pemuda ketika itu Datuk Suhaimi Kamaruddin.“Apapun terpulang pada dia..tanggungjawab dia (Ketua Pemuda),” katanya.Khairy dipilih Ketua Pemuda selepas menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Muhkriz Mahathir dengan memperolehi 304 undi daripada 791 undi perwakilan Pemuda UMNO.Peristiwa kena boo bukan asing dalam hidup Khairy malah beliau turut kena boo ketika dipilih Naib Ketua Pemuda. (Agendadaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan