Jumaat, 22 April 2016

BN SARAWAK BAKAL HILANG LAGI 24 KERUSI PADA PRN 11 INI.



Barisan Nasional(BN) Sarawak dijangka bakal hilang sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.


Menurut Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, populariti Adenan tidak banyak memberi kesan di kawasan bandar dan separa bandar.


"Janji tidak tertunai dan isu kenaikan harga barang bakal mendominasi isu politik pada PRN 2016 nanti", ujar beliau.


Menurutnya lagi, faktor Adenan dan Najib menyebabkan undi popular BN dijangka menurun tidak sehebat zaman Taib namun undi popular bawah 50% adalah tidak mustahil.


"Undi popular BN pada PRN 2001 adalah 71.2%. Pada PRN 2006, undi popular BN adalah 62.9%, iaitu menurun sebanyak 8.3%. Pada PRN 2011, undi popular BN adalah 55.4%, iaitu menurun sebanyak 7.5%", ujar Aziz dalam status laman Facebook.


"Ramalan saya pada PRN 2016, undi popular BN adalah 48.7, iaitu penurunan sebanyak 6.7%". S.Zainuddin Hassan, [22.04.16 14:40]
Barisan Nasional(BN) Sarawak dijangka bakal hilang sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.


Menurut Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, populariti Adenan tidak banyak memberi kesan di kawasan bandar dan separa bandar.


"Janji tidak tertunai dan isu kenaikan harga barang bakal mendominasi isu politik pada PRN 2016 nanti", ujar beliau.


Menurutnya lagi, faktor Adenan dan Najib menyebabkan undi popular BN dijangka menurun tidak sehebat zaman Taib namun undi popular bawah 50% adalah tidak mustahil.


"Undi popular BN pada PRN 2001 adalah 71.2%. Pada PRN 2006, undi popular BN adalah 62.9%, iaitu menurun sebanyak 8.3%. Pada PRN 2011, undi popular BN adalah 55.4%, iaitu menurun sebanyak 7.5%", ujar Aziz dalam status laman Facebook.


"Ramalan saya pada PRN 2016, undi popular BN adalah 48.7, iaitu penurunan sebanyak 6.7%".

Selasa, 29 Disember 2015

Ketua Bahagian LDP Elopura, YB Charles O Pang Supin yang juga merupakan calon terjun N.44 Karamunting, nasib baik pengundi masyarakat melayu muslim dikawasan karamunting masih kekal kepada BN, itupun atas kekuatan Wakil Rakyat Sekong.

Hampir setengah penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri N.44 KaramuntinCharles O Pang masih tidak menampakkan sebarang perkembangan yang positif membantu rakyat kawasan karamunting, program termampu dapat dilaksanakan Wakil Rakyat terjun ini hanya merasmikan program kemasyarakatan dan Agensi Kerajaan. 
 
Mengikut sumbar maklumat daripada penduduk setempat, sejak Charles menjadi Wakil Rakyat kawasan ini tidak ada  pembangunan yang memberangsangkan boleh di lihat oleh masyarakat di situ.

"Katanya pemberi maklumat, projek-projek ADUN yang di salurkan kepada Charles setiap tahun langsung tidak menampakkan boleh membantu masyarakat Karamunting, selain itu juga beliau memberi amaran "sepatutnya Charles berwaspada dan berhati-hati dengan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat," dengan majoriti 855 undi adalah yang sangat tipis.
 
AMARAN kepada YB Charles O Pang, yang menentukan seorang wakil rakyat itu boleh menang atau tidak adalah rakyat yang menyokong dan  memberi undi. Ingat Pru 14 akan datang disinilah penentuan nasib Wakil Rakyat terjun ini.
 
Sama-samalah kita nantikan natijah dan halatuju Charles O Pang.
 
Nukilan dari penyokong atas pagar. 



Rabu, 30 September 2015

MUSTAFAH DI ALU-ALUKAN MENYERTAI PKR.

BATU SAPI - Mustafah Bin Talib ,dijadualkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah, tidak lama lagi. Menurut Pengerusi Cabang PKR Batu Sapi anak buah nya akan menyertai perjuangan PKR kerana sudah tidak sehaluan dengan UMNO Batu Sapi.

Sejak sekian lama beliau berjuang dalam UMNO tidak sebarang perubahan terhadap ekonomi masyarakat batu sapi, melainkan UMNo hanya memberikan janji tinggal janji, Mustafah berikrar akan terus berjuang menentang ketidak adilan yang kono di perjuangkan UMNO di batu sapi, apa yang dilihat menurut Mustafah, "yang senang lenang hanya segelintir pejuang UMNO yang dekat dengan pemimpin, manakala seperti saya dan Ketua-Ketua Cawangan yang lain tersisih atau lebih tepat dikatakan sebagai anak tiri.

Mustafah yang juga Ketua Cawangan UMNO  Bandar Ramai-Ramai telah melepaskan jawatannya serta keahlian UMNO Batu Sapi berkuatkuasa 1 Okt 2015 hari ini. Menurut Mus, akan ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang kecewa seperti nya akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini, atau menjelang Pilihanraya ke 14 akan datang.

Menurut Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sabah, Mustafah akan di rasmikan menyertai PKR pada masa terdekat ini, sama ada di Pejabat PKR Batu Sapi ataupun di suatu Majlis besar di Ibu Negeri.

 

Khamis, 3 September 2015

MANTAN KETUA CABANG PKR TURN BACK TO PKR.


Kuala Lumpur - Muslimen Bin Arip (gambar kanan) ketika menyertai BERSIH 4.0, ditemuramah wartawan dan respon yang diberikan kepada wartawan, bahawa beliau (MUS) telah berbincang dengan seorang mantan pemimpin PKR Negeri  yang mewakili semua pemimpin terdahulu bahawa respon positif telah diberikan oleh mantan pemimpin tersebut, dan mereka akan kembali ke pangkuan PKR semula tidak lama lagi .

Kata beliau (MUS) ,antara para mantan pemimpin yang akan kembali kepada pangkuan PKR tidak lama lagi ialah mantan ketua-ketua cabang PKR yang keluar parti pada Pru 13 lalu, menurut beliau lagi mereka amat kecewa terhadap kepimpinan UMNO.

Menurut Muslimen lagi BERSIH kali ini akan memberi impak besar terhadap kepimpinan Barisan Nasional, nantikan kami pada Pilihanraya ke 14. SUNAMI besar akan berlaku bukan sahaja di semenanjung bahkan di negeri sabah dan sarawak juga.
 

Selasa, 8 Jun 2010

SIAPA KHIANATI KAUM ANAK NEGERI SABAH?















EPISOD 1,
Oleh :OKK Hassnar Ebrahim


MASYARAKAT antarabangsa tiba-tiba saja bangkit marah apabila kapal Mavi Marmara yang membawa sekumpulan sukarelawan bersama barang bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh Komando Israel menyebabkan sembilan orang maut. Malaysia tidak terkecuali. Malah Perdana Menteri dengan lantang menggelar Isreal sebagai ‘Samseng Dunia’.
Kisah penderitaan masyarakat Palestin dijadikan isu oleh Pemimpin UMNO bukan perkara baru. Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, satu galeri penuh dengan gambar yang mempamerkan wajah-wajah sedih penduduk Palestin melihat harta benda serta rumah-rumah mereka yang hancur musnah diroboh oleh jentolak tentera Isreal, sememangnya menyayat hati mereka yang melihatnya.
Persoalaannya apakah UMNO jujur dalam memperjuangkan nasib malang yang menimpa penduduk Palestin? Atau apakah pemimpin UMNO ibarat kata pepatah, ‘kuman di seberang lautan nampak, tetapi gajah di hadapan mata tidak kelihatan.’
Isu Palestin adalah merupakan isu tanah. Tanpa tanah kaum Yahudi terpaksa menjadi pelarian ke seluruh pelusok dunia. Sebagai rakyat ‘menumpang’ mereka sering dihadapkan dengan pelbagai masalah. Persoalannya apakah masalah dihadapi rakyat Palestin sekarang tidak diwujudkan oleh pemimpin dan kerajaan UMNO BN di Malaysia?
Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan.’
Kalau Israel boleh digelar ‘Samseng Dunia’ oleh Najib, apa kurangnya kerajaan UMNO BN? Najib Rajak wajib cermin Kerajaan UMNO BN terlebih dahulu sebelum label orang lain dengan tohmahan yang diri sendiri juga serupa.
Tanah Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah satu ketika dahulu telah dihuni oleh penduduk Anak Negeri berasal dari seluruh Sabah. Antara mereka adalah dari suku kaum orang Sungai, Murut, Kadazan dan berbagai lagi.
Hak mereka ke atas tanah yang telah pun menjadi tanah adat milik kaum Anak Negeri Sabah telah dinafikan apabila pemimpin Kerajaan UMNO/BN dengan kejam menghantar Tentera Melayu Di-Raja Malaysia bersama anggota Polis Di-Raja Malaysia; lengkap dengan senjata perang, merobohkan rumah-rumah mereka seterusnya merampas tanah milik mereka. Turut musnah adalah harta benda yang berpuluh tahun dikumpul oleh mangsa.
Kini tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah bukan lagi milik penduduk Anak Negeri. Dahulunya, para pemimpin sebelum dan selepas merdeka galakkan kaum anak negeri membuka dan membangunkan tanah tersebut dengan bantuan Kerajaan seperti bekalan eletrik, air dan sebagainya.
Akibat keganasan dilakukan oleh anggota Polis Di-Raja Malayisa, tanah seluas 100 ekar lebih itu sudah dikeluarkan geran dan ditimbus. Gerannya pula sudah digadai. Syarikat yang menjadi Kontraktor menimbus tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah beralamat di Rumah Ketua Menteri Negeri Sabah sekarang, Musa Aman di Sri Libaran, Batu 7, Sandakan, Sabah.
Mungkin inilah dimaksudkan Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
Berikut adalah berita disiarkan dilaman web Berita Harian online; (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukumIsrael/Article/ )
WAKIL PEMBANGKANG, KERAJAAN SEPAKAT MAHU TEKANAN DIKENA TERHADAP AMERIKA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengandungi 15 ketetapan termasuk mendesak supaya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertindak biadab menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, akhir bulan lalu.
Wakil kerajaan dan pembangkang yang membahaskan usul dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel yang disifatkan Perdana Menteri sebagai samseng dunia.
Usul itu diluluskan setelah lebih lima jam dibahaskan 28 Ahli Parlimen, 12 wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang (14) dan dua wakil Bebas, manakala penggulungan dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan di atas sedarilah Kerajaan UMNO BN juga lakukan jenayah serupa seperti dilakukan oleh Isreal terhadap penduduk Palestin. Bezanya yang terlibat menjadi mangsa di Malaysia adalah merupakan penduduk Anak Negeri Sabah yang miskin dan tidak mampu mengheret Polis-Polis dari ‘Malaya’ kemuka pengadilan.
Lebih malang lagi walau diheret ke Mahkamah belum tentu para pengadil yang hidup di bawah telunjuk pemimpin UMNO akan berlaku adil!
Dari budaya kerja merompak harta rakyat tidak ada beza antara Pemimpin UMNO BN di Malaysia dengan pemimpin di Israel yang aniaya masyarakat Palestin. Mereka sama dan serupa.
Sebagai mengakhiri episod pertama ini, sama-samalah kita renungi kata-kata berikut:
"If the citizens neglect their Duty and place unprincipled men in office, the government will soon be corrupted; laws will be made, not for the public good so much as for selfish or local purposes; corrupt or incompetent men will be appointed to execute the Laws; the public revenues will be squandered on unworthy men; and the rights of the citizen will be violated or disregarded." Noah Webster - (1758-1843)


























SURAT TERBUKA AMK PKR KEPADA NAJIB RAZAK

Bismillahirrahmanirrahim!

Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YAB Dato Sri,

CUKUP DENGAN KENYATAAN, ANAK MUDA BERTINDAK MEMBANTAH TINDAKAN PENGGANAS ZIONIS !

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas untuk perhatian serius daripada YAB Dato Seri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) sangat dukacita dengan kelesuan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri dalam memberi respon yang seiring dengan gelodak emosi dan sensitiviti rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya ke atas apa yang berlaku di Gaza.

Serangan kejam dan penahanan biadap oleh askar komando Israel ke atas para aktivis kapal Turki Mavi Marmara yang mengetuai konvoi Freedom Flotilla yang dijadualkan tiba di Genting Gaza adalah suatu tindakan terdesak rejim tersebut bagi menyekat kemaraan dan bantuan dari negara luar, membuktikan sekali lagi keikhlasan Israel dalam perjanjian damai Palestin-Israel layak dipersoalkan.

YAB Dato’ Sri,

Keganasan bertentangan dengan hak kemanusiaan dan perundangan perairan antarabangsa ini tidak boleh dimaafkan, dan AMK mendesak kerajaan Malaysia agar segera menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB untuk mengadakan suatu sidang khas bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Jenayah Perang Antarabangsa bagi menghentikan kekejaman puak Zionis ini daripada terus liar menindas rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Dilaporkan 19 aktivis maut dan 66 yang cedera manakala 11 sukarelawan NGO termasuk 6 rakyat Malaysia adalah antara anak kapal yang ditahan. Kerajaan Malaysia sehingga kini tiada memaklumkan penyiasatan butiran lanjut tentang keadaan dan nasib mereka secara rasmi dengan pihak Israel. Situasi ini amat menyedihkan banyak pihak yang terkilan dengan kerajaan yang sekan tidak hirau dengan nasib rakyat Malaysia sendiri.

YAB Dato’ Sri,

Selaku Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam, YAB Dato’ Sri perlulah menghormati kehendak dan sensitiviti rakyat dalam isu ini yang jelas melibatkan maruah Islam. Tindakan tentera Zionis ini nyata membuktikan bahawa rejim palsu ini sudah tidak lagi menghormati undang-undang perang Kesatuan Geneva dan PBB sebagai institusi tertinggi antarabangsa.

AMK mendesak agar kerajaan segera membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik serta segala bantuan yang berkaitan dengan negara rejim Israel. Bersandarkan rekod perdagangan dan ekonomi negara, Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis ini. Buktinya, kerajaan Malaysia mempunyai pemegangan saham sebanyak 31% di Pantai Holding Berhad iaitu sebuah anak syarikat kepada Parkways Holdings Limited, yang dimiliki pelobi besar Zionis Richard C.Blum.

Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun Kerajaan Umno-BN mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.

Sehingga kini, penjelasan mengenai mengapa Asiasoft syarikat yang berpengkalan di Tel Aviv, Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu, masih belum terjawab.

Ini ditambah dengan pendedahan yang begitu spesifik oleh Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung dengan keberkaitan APCO Worldwide dengan regim Zionis yang antara lain memperincikan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada YAB Dato’ Seri sendiri.

Dalam pendedahan yang sama juga. YB Dato’ Seri Anwar turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya, satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia dan yang berikutnya ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Sebagaimana diketahui umum, masih belum ada penafian mengenai hal ini, melainkan sekadar penafian verbal semata-mata.

YAB Dato’ Sri,

Meneruskan segala urusan dengan rejim ini nyata membuktikan bahawa kerajaan Malaysia juga turut bersubahat dengan tindakan pencabulan hak kemanusiaan oleh Israel selama ini. Jika hubungan berkepentingan ini diteruskan, maka rakyat meletak persepsi bahawa kerajaan Malaysia sememangnya gagal dan takut membela kesucian penganut Islam dan warganegaranya yang ditindas sama dalam tragedi serangan ini. Tuntutan ini adalah amat penting dalam konteks situasi serangan yang melibatkan kematian dan kecederaan pelbagai warganegara Islam yang lain dan imej Malaysia sebagai Negara Islam dan menolak terorisme yang biadap.

Kesimpulannya AMK mendesak YAB Dato’ Seri perlu bertindak pantas dalam tempoh 24 jam (Khamis 3 Jun 2010) memanggil satu sidang khas di Dewan Parlimen, dan selanjutnya ke peringkat lebih tinggi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu khususnya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama agar melakukan desakan inkuiri bebas dan hukuman yang perlu dijatuhkan dengan kadar segera. Sekiranya gagal, YAB Dato’ Sri harus meletak jawatan kerana gagal berfungsi sebagai eksekutif pentadbiran berkesan, tidak prihatin dan sanggup berkompromi dengan penjenayah Zionis Yahudi antarabangsa yang dikutuk seluruh dunia.

Demi Islam, demi Malaysia, demi Ummah, rakyat tuntut ketegasan YAB Dato’ Sri.

Yang benar,

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



NASRUDDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat



YB LOKE SIEW FOOK

Ketua DAPSY

Sabtu, 29 Mei 2010

USUL EKONOMI AMK















amk merakamkan penghargaan dan jutaan terimakasih diatas inisiatif Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dimana telah membantu AMK untuk menubuhkan Yayasan Rosli Dhoby pada 14 Mei 2010 baru baru ini dan sumbangan wang tunai sebanyak RM 10,000.00.

Tujuan penubuhan dan sumbangan oleh Menteri Besar Selangor adalah bagi memberi semangat dan juga peranan kepada amk sebagai tapak latihan anak anak muda khususnya di Negeri Sarawak dalam prospek latihan,kepimpinan, ekonomi dan kebajikan.

Ketua Penerangan AMK Sabah ,Zainuddin Bin Hassan semasa dalam perbahasan ,beliau telah menegur kepimpinan AMK agar Negeri Sabah juga di beri peluang yang sama dalam program yang telah dirancang seperti Negeri Sarawak.

Ketua Penerangan amk sabah , menambah bahawa amk sabah pun boleh menubuhkan Yayasan dengan mengunakan nama yang terbilang seperti Paduka Mat Salleh yang begitu terkenal di seluruh Malaysia.

AMK Sabah juga telah menjemput rakan rakan amk perwakilan yang hadir agar jangan terlalu memikirkan bantuan daripada pusat atau Kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sebaliknya amk pada hari ini hendaklah berfikiran jauh, iaitu bagaimana kita sebagai anak muda dapat menghalang atau menyekat pengaliran wang yang diseludup keluar negara oleh kroni kroni Najib dan Ketua Menteri Sabah ,Musa Aman dengan mengunakan orang tengah mereka ia itu Michael Chia dan ramai lagi tanpa ada sebarang tex yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Tahniah kepada Shamsul Iskandar selaku Ketua Angkatan Muda Malaysia kerana telah berjaya dan sanggup pergi ke Hong Kong bersama rakan amk yang lain untuk membuat laporan kepada ICAC Hong Kong ,supaya menyiasat Michael ,dan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, yang menyimpan berbilion ringgit di HBank Hong Kong.

Diakhir perbahasan Ketua Penerangan AMK Sabah, beliau menyokong penuh Usul Ekonomi yang di bentang, terutama usul di perenggan ke 4 yang berbunyi ;- Dana untuk menubuhkan Pusat Bantuan Guaman kepada individu dan Aktivis serta mana mana ahli Parti yang telah dianiaya oleh pihak berkuasa.

Khamis, 1 April 2010

AMK PKR SABAH SOKONG SHAMSUL CALON PKR



Oleh: ZAINUDDIN HASSAN


ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (Sabah) sebulat suara memutuskan untuk mencadangkan Ketua AMK PKR Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon pilihanraya kecil Hulu Selangor.

“Kita menaruh harapan yang tinggi agar Presiden Parti memperkenankan hasrat kita demi kesinambungan perjuangan Angkatan Muda PKR di persada politik tanah air,” ujar Ketua AMK PKR Sabah, Abdul Razak Haji. Jamil.

Kata Razak, tiba masanya Ketua AMK Malaysia diuji dalam pilihanraya kecil sebagai persediaan memimpin sayap parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13. “Shamsul telah memiliki ciri-ciri yang dikehendaki pucuk pimpinan parti dan berani menentang kezaliman terutama menepis fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas Razak yang mendapat mandat daripada seluruh jawatankuasa pemuda PKR Sabah.

Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan Presiden Parti dan AMK Sabah akan menyokong siapa juga yang dicalonkan menentang calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut kerana yakin para pengundi akan memperbaharui kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Selasa, 2 Mac 2010

PKR GESA SPRM SIASAT KES PROFAIL TINGGI DI SABAH?

Oleh: MUTALIB M.D
PENANGKAPAN Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya sewajarnya membuka mata SPRM Sabah yang mendiamkan banyak kes rasuah di Sabah.
Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Pajuddin Nordin ketika menghubungi Sabahkini.Net berkata, pengguguran beberapa kes berprofail tinggi di Malaysia sebagai perkembangan yang tidak baik dan berharap agar ianya tidak merebak ke Sabah.
“Hasbie hanyalah ‘tools’ atau perkakas sahaja dan kita minta SPRM menyiasat siapa yang memegang ‘tools’ tersebut. Kita percaya ada lagi pihak yang menjadi ‘macai’ menteri berkenaan di Sabah terutama yang mendapat projek membina jalan dan UMS di Sandakan yang bernilai ratusan juta ringgit daripada Menteri berkenaan,” Ujar Pajuddin yang meminta SPRM membuka kembali laporan yang dikemukakan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen DAP Sabah, Dua Orang Ketua Cawangan UMNO Sabah dan sebagainya.
Kata Pajuddin lagi, Skandal Wisma Bandaraya yang melibatkan Ketua Menteri Sabah; Skandal pemilikan harta yang melebihi keupayaan oleh Datuk Musbah Jamli; Skandal Pembalakan yang melibatkan Daud Tampokong; Skandal Penggubahan Wang Haram yang dilakukan Michael Chia Thien Foh dan sebagainya harus disiasat dengan saksama.
SPRM, kata Pajuddin tidak harus melindungi pihak yang mendapat keuntungan yang besar akibat hubungan dengan Setiausaha Politik berkenaan dan menteri tertentu yang berkuasa meluluskan projek kepada kontraktor tertentu.
“Walaupun Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang mendapat pingat daripada Kerajaan Negeri Sabah, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Kabinet dan Ketua Menteri Sabah serta pegawai tinggi yang menjadi proksi Ketua Menteri,” ujar Pajuddin lagi.
Pajuddin yang juga Timbalan Ketua AMK Negeri Sabah menyarankan agar semua pegawai kanan menteri atau kontraktor yang mendapat kontrak mega di Sabah disiasat kerana mereka telah menyalahguna kedudukan mereka untuk mendapat kontrak secara rasuah dan memperkayakan diri mereka melalui jalan yang tidak wajar.
“Saya minta Datuk Abu Kassim sendiri yang menangani kes Sabah kerana beliau berkecuali disebabkan Datuk Shukri Abdull menerima pingat PGDK daripada Kerajaan Negeri Sabah dan bimbang tidak akan berlaku adil kerana terhutang budi,” ujar Pajuddin lagi.
Sehubungan itu, Pengarah dan semua pegawai lama SPRM Sabah sewajarnya ditukarkan agar SPRM Sabah kembali gemilang; mengulangi kejayaan Mantan Pengarah SPRM Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim yang kini begitu bersungguh-sungguh membasmi rasuah di Pulau Pinang.
Last Updated on Tuesday, 16 February 2010 16:44

POLIS Vs ANAK NEGERI SABAH?

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN
TINDAKAN Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim menggelarkan dua anggota Polis dengan berkata “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah“ mungkin keterlaluan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim; namun menjadi lampu suluh kepada Anak Negeri Sabah dalam usaha untuk menjinakkan ‘anjing polis’ yang selama ini mendalangi rampasan tanah Anak Negeri Sabah.

SKANDAL HOTEL HARAM DI KENINGAU?

Oleh: MUTALIB M.D
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disarankan menjalankan kajian dan siasatan berhubung kegiatan pemalsuan pelan bangunan dan tindakan mendirikan bangunan tidak mengikut pelan tata atur yang diluluskan pihak berkuasa tempatan.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Pajuddin Nordin ketika menghubungi Sabahkini.Net memaklumkan bahawa pihaknya meyakini bahawa kebanyakan bangunan yang dijadikan hotel di Keningau tidak dikemukakan kepada Majlis Daerah Tenom untuk kelulusan.
“Salah satu yang kita kenalpasti ialah Hotel Juta. Pada asalnya hanya ianya dibina setinggi tujuh tingkat pada 1997 dan kemudiannya ditambah empat tingkat lagi menjadikannya sebelas tingkat sedangkan tetulang cerucuk yang digunakan tidak mampu menampung bangunan 11 tingkat,” ujar Pajuddin yang kesal kerana Majlis Daerah Keningau gagal menguatkuasakan Ordinan Perancangan Bandar Dan Desa (Sabah Cap 141) .
Kesan paling ketara kata Pajuddin, bangunan berkenaan mula condong dan membahayakan orang ramai sehingga memaksa pemilik bangunan mendirikan tiang sokongan di luar kawasan premis dan menceroboh tanah simpanan jalan.
“Saya harap, Kerajaan Negeri Sabah tidak terus bersikap hipokrit dengan mendesak pemaju Patung Dewi Laut Ma Tzu di Kudat mengemukakan pelan kepada Jawatankuasa Pusat Perancang Bandar yang tidak pernah wujud sebagai alasan tidak meluluskan pembinaan patung berkenaan dan dalam masa yang sama menutup mata kepada begitu banyak bangunan haram di Keningau,” ujar Pajuddin yang menggesa SPRM lebih aktif memantau kegiatan tidak sihat ini.
Pajuddin yang juga Exco AMK Keadilan Pusat mendesak SPRM lebih peka dan tidak menunggu laporan rasmi sahaja, sebaliknya memantau semua laporan termasuk media dan portal seperti Sabahkini.Net.

TIMBALAN PRESIDEN MPS ‘KINGPIN’ PENYELUDUP?

Oleh: OMAR QAYYUM
SANDAKAN yang sebelum ini terkenal sebagai pengeksport kayu balak dan minyak sawit, kini menjadi Jelapang Padi Utama di Malaysia yang sewajarnya dimasukkan ke Guinness Books Of World Record, sekalipun tidak dimasukkan ke dalam buku geografi sekolah-sekolah di Malaysia.
Demikian kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainuddin Hassan yang mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turun padang menyelesaikan isu yang menjadi rungutan ramai sejak 25 tahun lalu dan gagal diselesaikan oleh beberapa menteri sebelum ini.
“Kita cabar menteri KPDNKK letak jawatan jika gagal menghentikan isu penyeludupan ini kerana rakyat menderita disebabkan semua beras subsidi dieksport ke luar Negara,” ujar Zainuddin yang mendesak agar pihak penguatkuasa menyiasat syarikat Khong Dar Hong yang mendalangi semua kegiatan beras seludup di Sandakan.
Walaupun tidak sampai sekangkang kera padi yang ditanam di Terusan Sapi Sandakan, namun kata Zainuddin, Pelabuhan Barter Trade Sandakan menjadi pengeksport utama yang mengendalikan berjuta tan beras yang kononnya dibawa masuk daripada Vietnam, namun Zainuddin enggan mengulas lanjut dan mencabar Sabahkini.Net membongkar kegiatan haram berkenaan atas faktor keselamatan.
Krew Sabahkini.Net yang memantau gudang ‘King Pin’ Barter Trade, Khong Dar Hong terkejut apabila siasatan mereka mendapati isteri salah seorang Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menjadi agen tunggal Kong Dar Hong untuk memasar dan mengedarkan beras ke Filipina dan pasaran tempatan.
Secara luaran, Timbalan Presiden MPS berkenaan kelihatan terlalu alim dan lemah lembut serta mempunyai Perhubungan Awam (PR) yang baik namun isterinya seorang ‘Mafia’ yang langsung tidak berhati perut kepada rakyat miskin kerana mendalangi kegiatan penyeludupan beras bersubsidi ke luar negara.
Timbalan Presiden MPS yang kononnya berhati nabi berwajah wali dan isteri ‘Mafianya’ gagal disentuh pihak berkuasa kerana dilindungi lelaki misteri yang berpangkat Tan Sri, berjaya menyembunyikan kejalangan mereka dengan melantik sub-kontraktor yang bernama Abdul Muin atau ‘1Abdul’ bagi menjaga kedudukan Timbalan Presiden MPS.
Kehebatan perniagaan ‘1Abdul’ ini tidak dapat disangkal oleh semua pihak yang mencari makan di Barter Trade kerana setiap masa terdapat 20 kumpit yang berlabuh dan setiap kumpit memerlukan masa antara lima hari sehinga satu minggu untuk memunggah masuk muatan; namun purata seminggu hanya 15 Kumpit yang membawa beras dan selebihnya gula, minyak masak, rokok, minuman keras dan sebagainya.
Setelah menjalankan siasatan dan pemerhatian selama satu minggu, Sabahkini.Net telah merumuskan Modus Operandi penyeludupan beras yang dilaksanakan ‘Satu Abdul’ sebagai ‘Operasi Sesumpah’ kerana melibatkan penukaran karung.
Beras yang diimport daripada negara luar seperti Vietnam tiba di Pelabuhan Sandakan yang akan diurus oleh ‘1Abdul’ yang kemudiannya menemui Pegawai Kastam yang bernama Otoh Sibik Haji Sahak sebelum dihantar ke Gudang Simpanan yang disewa.
Para pekerja ‘1Abdul’ akan mengeluarkan beras import daripada guni dan dicampurkan dengan beras tempatan terutama beras bersubsidi sehingga satu guni beras import menjadi tiga guni beras untuk dieksport.
‘1Abdul’ menggunakan guni baru yang telah cetak nama palsu sama dengan guni beras import sebelum dihantar ke Gudang Bonded bagi mendapat Deklarasi Kastam dan dipindahkan ke dalam kumpit.
Persekongkolan ‘1Abdul’ dengan Pegawai Kawalselia Padi dan Beras Sandakan telah memperkaya Timbalan Presiden MPS sejak 25 tahun lalu dan menjadikan jawatannya sebagai ‘lubuk emas’ agar terus menjadi ‘halimunan’ Under Ground dalam kegiatan penyeludupan.
Walaupun berstatus ‘Jutawan’, namun Timbalan Presiden MPS yang sebelum ini pernah terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan ini terus memegang jawatannya bagi menghabiskan masa agar kelihatan alim dan beriman (Holyman) sekalipun menjadi salah satu ‘King Pin’ yang menguasai ‘Black Market’ selama ini.
Last Updated on Friday, 05 February 2010 00:16

TOK MAT MASIH MENDOMINASI SPRM?

WALAUPUN Mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan @ Tok Mat telah bersara awal iaitu pada 31 Disember 2009, namun penggantinya, Datuk Abu Kassim Mohammad berhadapan dengan saki baki Pegawai SPRM yang dikesan menjadi ‘Hardcore’ kepada Tok Mat.
Melalui surat ‘orang dalam’ yang membongkar ‘rahsia dalam selimut’ Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, jelas sekali ianya merupakan konspirasi ‘Orang Kuat Tok Mat’ yang ingin membalas dendam dengan menzahirkan perang saraf melalui fitnah kononnya, Shukri menjadi punca Tok Mat terpaksa melepaskan jawatan sebelum tempoh persaraannya.
Setelah Tok Mat dikatakan menjadi mangsa ‘Teori Domino’ Shukri, kini Datuk Abu Kassim pula dikenalpasti dijadikan sasaran Shukri dalam agendanya untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM?
Surat yang disiarkan oleh beberapa laman web yang berasal daripada blog MyNKOB bertajuk ‘Masa Depan SPRM dan Mr Klean’ membayangkan ianya ditaja oleh kumpulan tertentu daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Sekalipun Shukri turut mendapat anugerah Kerajaan Negeri Sabah, namun kelihatannya beliau tidak menyukai anugerah tersebut di atas perkhidmatan cemerlangnya semasa menjadi Pengarah SPRM Sabah kerana mengarahkan agar Fail Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman yang selama ini dikategorikan sebagai ‘NO CASE TO ANSWER’ oleh Peguam Negara, dibuka semula.
Dalam surat yang ditulis orang dalam SPRM dinyatakan secara jelas bahawa;
“Mr. Klean sekarang ini telah mengarahkan orang kuat beliau bernama Zamri dan Sazali supaya menyiasat semula kes berkaitan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Kes ini telah disiasat dan diputuskan tiada kes, tetapi kenapa ini dilakukan semula ?, Penyiasatan ini boleh dinafikan oleh beliau bahawa kes ini telah ditutup, tetapi ada anak fail, macamana ?”
Isu Musa Aman ini amat menarik daripada segala isu yang dikemukakan di dalam surat berkenaan yang turut dimuatkan ke dalam laman web Malaysia-Today.Net dan Gundohing.Blogspot kerana melibatkan Wisma Bandaraya yang kini disewa oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta subsidiarinya kerana Musa Aman ada kepentingan.
Kes Wisma Bandaraya ditutup begitu sahaja sedangkan kedudukan Musa Aman terlucut secara automatik sebagai Ketua Menteri Sabah kerana Perlembagaan Negeri Sabah menetapkan bahawa Ketua Menteri tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam perniagaan; sebaliknya Musa Aman menjadi Pemegang Saham terbesar dan isterinya, Datin Faridah Tussin menjadi Pengarah Urusan dalam Bestco Sdn.Bhd. syarikat yang memiliki Wisma Bandaraya.
Usaha untuk menutup kes Musa Aman dan 81 Dalil yang difailkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan masih belum reda dan kesungguhan Shukri membuka semula kes yang ditutup tanpa ‘Post Portem’ menyebabkan rakyat Sabah keliru dengan sikap Peguam Negara, Tok Mat dan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Konspirasi untuk menjatuhkan Shukri dan ‘Blue Eye Boy’nya dalam SPRM tidak mungkin mengalami kejayaan di era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menjadi CEO Malaysia kerana dalam ‘mood’nya sebagai Perdana Menteri, Najib lebih suka Musa bersara!
Last Updated on Tuesday, 02 March 2010 11:52

Isnin, 14 Disember 2009

KONVENSYEN PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SABAH.


Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)

Masa : 02.00pm Pendaftaran bermula

Tempat : Ballroom Atlantis Restoran Penampang

Semua Cabang dikehendaki menghantar ahli seramai 10 orang anggota mengikuti Konvensyen tersebut.

Sabtu, 5 Disember 2009

NOTIS 14 HARI UNTUK FAIZAL MENARIK BALIK KENYATAAN


















Angkatan Muda Keadilan Rakyat Negeri Sabah member Altimatum selama 14 hari ke pada mantan Ketua amk Papar, Faizal Julaili untuk menarik balik kenyataan akhbar yang mengelirukan dan berniat jahat kepada PKR SABAH.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Negeri Sabah, Zainuddin Bin Hassan, dalam kenyataan akhbarnya berkata , Faizal julaili bukan lagi Ketua AMK Papar dan Setiausaha AMK PKR Negeri Sabah, sebaliknya adalah ahli PKR biasa setelah meletak kedua dua jawatan pada 4 Dis 2008 lagi sebelum dia menyertai UMNO baru-baru ini.
"Faizal telah meletak jawatan pada 4 Disember 2008 dan sejak daripada itu beliau tidak layak mendakwa bahawa beliau adalah Setiausaha amk PKR Negeri dan Ketua Angkatan Muda PKR Papar" Ujar Zainuddin ketika menunjukkan surat perletakkan jawatan Faizal kepada media.
Sehubungan itu, Faizal tidak harus mengaitkan kedudukannya sebagai Setiausaha amk Negeri dan Ketua amk Papar kerana dia adalah ahli biasa sahaja.
" Kami akan memfailkan SAMAN malu keatas tindakan malafide Faizal terhadap AMK PKR Negeri ,melainkan beliau meminta maaf secara terbuka melalui Akhbar tempatan dan datang sendiri ke Pejabat Ketua AMK PKR Sabah..

Ahad, 22 November 2009

BILA SPRM AKAN PANGGIL RAYMOND TAN?


BILAKAH Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah untuk memberi keterangan berhubung pemilikan aset hartanah yang melebihi kemampuannya sebagai seorang menteri Kabinet Sabah?

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net daripada Sandakan menegaskan bahawa beliau dimaklumkan melalui sumber rapat dengan menteri kabinet berkenaan bahawa Raymond Tan memiliki lebih sepuluh buah rumah bernilai RM20 juta.

“Kita mengesan Raymond juga memiliki dua buah bungalow mewah bernilai RM3.3 juta seunit di D’Banyan Sutera Harbour selain rumah mewah di Taman Tyng Sandakan dan Liang Court Kota Kinabalu,” dakwa Zainuddin yang memaklumkan akan membuat pendedahan jika SPRM berminat untuk menyiasat pemilikan harta luar biasa yang tidak diisytiharkan kerana kebanyakannya dibuat atas nama proksi.

Kata Zainuddin, hanya 14 Unit Villa Petrusa tiga tingkat di D’Banyan Sutera Harbour bernilai antara RM3.115 juta sehingga RM3.983 juta setiap unit seluas 626 meter persegi atau 6,743 kaki persegi adalah villa mewah yang mempunyai kelengkapan serba canggih.

Perkara ini bukan lagi rahsia, kata Zainuddin, namun SPRM tidak mempunyai mekanisme untuk mengesan kepentingan Raymond dan pemilikan harta yang dibuat daripada sumber yang diragui.

“SPRM hanya dilatih untuk memburu pemimpin pembangkang namun menjadi kucing siam peliharaan pemimpin BN. Mereka hanya menghabiskan wang rakyat, apatah lagi tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat sebelum atau selepas waktu pejabat,” ujar Zainuddin lagi yang menekankan betapa mewahnya Raymond walaupun hanya menjadi Menteri Kabinet atau bertaraf Exco sahaja.

KENAPA SAM MANAN MEMBISU SETELAH BERSUBAHAT DENGAN PENIPU?















SETELAH Surat Terbuka kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan disiarkan Sabahkini.net tidak menimbulkan sebarang reaksi, Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan menulis surat rasmi yang diserahkan pada 15 November 2009 berhubung isu pembalakan di tanah tinggi melebihi 25 darjah.

Persoalannya kenapa Sam Mannan membisu dan tidak memberikan sebarang ulasan kepada surat terbuka sedangkan sebelum ini Sam Mannan dengan sukarela menjawab surat Zainuddin dengan memberikan pelbagai 'cover-up' melalui suratnya JPHTN/PP (S) 500-0/6/8 bertarikh 10 September 2009?











































"Lebih mengejutkan saya, kontraktor pembalakan, Danagaya Sdn.Bhd yang dimiliki seorang penjenayah antarabangsa, Michael Chia Tien Foh, telah mula menyeludup keluar balak yang ditebang di kawasan cerun tinggi di Kuamut melalui Kalabakan dan dikumpulkan di Pangkalan Lalangut, Tawau," ujar Zainuddin ketika menghubungi Sabahkini.net setelah menghantar salinan surat berkenaan melalui email.

Balak yang ditebang di kawasan tanah tinggi di konsesi YS 3/07 (5), kata Zainuddin, yang sebelum ini dihantar ke Pangkalan Sapi, Beluran sebelum diangkut dengan Skaw ke Sandakan kini telah dilencongkan ke Pangkalan Lalangut.

"Apakah balak tersebut boleh hilang daripada pandangan polis trafik, kastam, jabatan perhutanan, Agensi Pengawal Maritim Malaysia, Polis Marin dan sebagainya sehingga tidak ada pihak penguatkuasa yang menyedari bagaimana balak tersebut boleh sampai ke Pangkalan Lalangut yang begitu jauh?," tanya Zainuddin yang meyakini pihak berkuasa telah bersubahat dan telah dirasuah oleh Danagaya Sdn.Bhd kerana banyak balak melebihi saiz atau di bawah saiz ditebang di konsesi berkenaan.

Walaupun Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan lesen pembalakan, namun ianya telah ditangguhkan untuk siasatan, namun Danagaya Sdn.Bhd yang mendapat 'suaka' daripada Ketua Menteri Sabah telah membalak kawasan tersebut dan berjaya menyeludup keluar balak yang ditebang.

Sehubungan itu, Zainuddin telah menulis surat rasmi bagi memperbaharui versi surat terbuka yang disiarkan Sabahkini.net baru-baru ini.

"Saya berharap agar Sam Mannan telus dan berterus terang sebagaimana keberanian beliau ketika membantah pengwujudan Benta Wawasan di hadapan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun)," cabar Zainuddin yang percaya Sam Mannan telah menyimpang daripada prinsip dan ketegasannya selama ini dan hanya menjadi keldai Musa Aman untuk menutup kejalangan yang dilakukan Danagaya Sdn.Bhd.

Zainuddin turut mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu lembab menjalankan siasatan dan tidak langsung berkemahiran berhubung isu pembalakan haram, bagaikan tamsilan tujuh orang buta dengan seekor gajah!

POLIS DALANGI SIJIL ANAK NEGERI PALSU?



















ISU penggunaan Sijil Anak Negeri telah menambah hangatkan senario politik Negeri Sabah apabila pada 17 November 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya, membangkitkannya di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sabah negeri di bawah bayu yang belum lagi reda dengan isu penggunaan kad pengenalan dikeluarkan kepada kaum pendatang daripada Filipina dan Indonesia kini telah dikejutkan lagi dengan isu sijil anak negeri yang kesahihannya diragui.

Pihak Polis bersama beberapa agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa supaya menyiasat Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Pin yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Sekong sebagai penipu kerana memiliki Sijil Anak Negeri yang kesahihannya meragukan demikian kenyataan, dibuat oleh Samsudin yang disiarkan di muka depan akhbar New Sabah Times, memberi gambaran peri pentingnya isu tersebut yang telah lama menghantui rakyat sabah.

Penggunaan Sijil Anak Negeri dimiliki oleh golongan yang tidak berhak memilikinya bukan masalah baru kepada rakyat Sabah. Pengeluarannya telah dibekukan di era Kerajaan Parti Berjaya memerintah disebabkan adanya penyalahgunaankuasa dalam proses pengeluarannya.

“Sebagai formula memelihara hak kaum anak negeri daripada terjejas akibat pengeluarannya yang didalangi segelintir Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri tidak bertanggungjawab, Kerajaan Parti Berjaya telah membekukan pengeluarannya sejak tahun 1983,” demikian kenyataan yang pernah dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Hj Ebrahim.

Ramai daripada kalangan pemimpin masyarakat Sabah pernah menyoal penggunaan sijil anak negeri palsu tetapi setiap kali isu tersebut dimatikan begitu saja menyebabkan sebilangan besar rakyat Sabah daripada keturunan anak negeri menerima nasib ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Padah kesan penggunaannya ramai kaum anak negeri telah hilang tanah milik mereka yang dikeluarkan geran taraf Native Title kerana geran mereka diambil oleh golongan taukeh- taukeh yang ada hubungan dengan kakitangan diJabatan Tanah dan Ukur.

Walaupun ianya merupakan satu jenayah dan seorang Menteri BN pernah memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka yang menggunakan sijil anak negeri palsu akan diserah kepada Polis tetapi sehingga kini tidak ada satupun dari kalangan mereka yang memiliki dan menggunakan sijil anak negeri yang kesahihannya diragui telah diheret dan didakwa ke mahkamah untuk diadili.

“Keengganan anggota PDRM menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan kaum anak negeri terhadap golongan yang memiliki sijil anak negeri yang kesahihannya diragui adalah punca penggunaan sijil anak negeri palsu berleluasa di Sabah” ujar Zainuddin Hasssan, ketua Penerangan AMK negeri Sabah.

“AMK menyeru Kerajaan BN jika mereka tulus hendak memperjuangkan hak kaum anak negeri yang kini tertindas akibat penggunaan Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan kepada mereka yang tidak berhak, jangan hanya tumpu kepada pemilikan sijil sedemikian oleh pemimpin pembangkang sahaja. Banyak Taukeh- taukeh proksi BN dan UMNO telah merampas ribuan ekar Tanah orang kampung dengan mengunakan Sijil Anak Negeri serupa! Apakah mereka diberi kekebalan dan imuniti daripada kerajaan dan tidak boleh diambil tindakan Undang-Undang?” tambah Zainuddin.

Sabahkini.net telahpun menyiarkan tindakan seorang wanita berbangsa Sungai daripada daerah Kinabatangan, Rosmina Binti Nazry, melaporkan kepada Polis akan perbuatan seorang wanita berbangsa Cina tetapi memiliki serta menggunakan satu sijil Anak Negeri yang tidak ada rekod di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu. Malangnya aduan Rosminah Nasry kepada Polis tidak langsung disiasat oleh Polis walaupun telah diadu secara rasmi di Balai Polis daerah Sandakan.

Sehubungan itu, Zainuddin mencabar Kerajaan BN dan Polis, SPRM agar jangan berat sebelah hanya kerana terdapat sijil yang dimiliki oleh seorang ahli pembangkang sahaja. Terdapat ramai golongan taukeh-taukeh dari Sabah yang menyokong Barisan nasional juga memiliki sijil yang kesahihannya diragui tetapi enggan diambil tindakan oleh kakitangan Kerajaan BN Sabah walaupun aduan demi aduan telah dibuat.

“Siasat semua laporan yang pernah dibuat oleh kaum anak negeri Sabah kalau memang PDRM jujur hendak menangani perkara ini dan bukan menangguk di air keruh untuk mencari untung peribadi, “ tambah Zainudin lagi.

Rabu, 11 November 2009


21 Oktober 2009

Datuk Sam Mannan,
Pengarah,
Jabatan Perhutanan Sabah,
Ibu Pejabat Jabatan Hutan,
Batu 7, Jalan Labuk,
Beg Berkunci 68,
90009 SANDAKAN, SABAH

Yang Berbahagia Datuk,

PENAFIAN ATAU PENYIMPANGAN UNDANG-UNDANG?
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Datuk berhubung perkara di atas. Surat Datuk bil. JPHTN/PP (S) 500-0/6/8 bertarikh 10 September 2009 adalah berkaitan langsung.

2. SUKACITA saya sekiranya Datuk dapat menjelaskan isu pembalakan di tanah tinggi di Hutan Simpan Kelas II Kuamut secara profesional dan tidak berdolak dalih atas arahan pihak atasan.

3. Saya bersetuju menerima polisi dan prinsip bahawa kegiatan pembalakan di tanah tinggi melebihi 25 darjah tidak dinyatakan secara jelas di dalam Enakmen Hutan, tetapi perkara asas yang menjadi perdebatan ialah Polisi Kerajaan Negeri bahawa Kawasan Hutan yang mempunyai ketinggian melebihi 25 darjah adalah Kawasan Konservasi.

4. Perkara utama yang wajar dipertimbangkan, berdasarkan maklumat pakar perhutanan bahawa Kawasan Hutan Simpan Kuamut terutama Konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) adalah melebihi ketinggian 25 darjah dan kerana itu saya bertegas mengatakan bahawa kawasan melebihi 25 darjah adalah kawasan konservasi dan diharamkan sebarang kegiatan pembalakan.

5. Saya hanya menyampaikan rungutan rakyat Sabah/Malaysia bahawa pegawai yang menentusahkan kawasan ketinggian haruslah kompetan dan juru ukur bertauliah dan bukannya kakitangan bawahan yang tidak berpengalaman di lapangan.

6. Saya ingin membicarakan isu ini kerana tidak berminat mengulas pendedahan Datuk bahawa pembalakan pada era 80-an hingga 90-an tidak terkawal berbanding sekarang.

7. Persoalan utama yang timbul di fikiran saya adakah verifikasi kecerunan dilakukan sebelum kelulusan diberikan? Konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) yang terletak di kawasan Kuamut terletak jauh di pedalaman dan memerlukan kos dan masa yang begitu banyak untuk mengenalpasti kecerunan kawasan berkenaan.

8. Siapa yang melakukan verifikasi ini? Bolehkan verifikasi ini dilakukan dalam tempoh satu minggu? Apakah ini tugas pembalak atau Jabatan Perhutanan sebelum kelulusan membalak diberikan?

9. Adakah dilakukan pemantauan dan verifikasi sama ada Konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) yang diklasifikasikan sebagai Kelas II boleh di balak atau kawasan dilindungi sehingga tiada kegiatan pembalakan boleh dilakukan.

10. Saya percaya bahawa peta pembalakan konsesi berkenaan telah Datuk luluskan telah dipalsukan bagi membolehkan kegiatan pembalakan dilakukan di kawasan tanah tinggi. Peta berkenaan menunjukkan hanya sedikit sahaja kawasan tanah tinggi yang melebihi 25 darjah dan tidak menunjukkan keseluruhan konsesi berkenaan melebihi kecerunan 25 darjah.

11. Mengikut peta topografi, puncak bukit berkenaan melebihi 3,000 kaki tetapi telah dimanipulasi sebagai kawasan yang boleh dibalak dengan mengurangkan ketinggian dan kecerunan kawasan berkenaan.

12. Saya percaya kegiatan pemalsuan dan manipulasi kawasan tanah tinggi telah berlaku. Sehubungan itu, saya mendesak Datuk menjelaskan bagaimana proses menentukan sesuatu kawasan itu tanah tinggi atau sebaliknya.

13. Sebagaimana yang Datuk ketahui bahawa Pegawai di Unit Pemetaan GIS, Han Wai Kong mempunyai seorang adik, Frank Han Kang Kong, iaitu Pengurus Besar Danagaya Sdn.Bhd (Kontraktor yang dilantik Yayasan Sabah).

14. Sewajarnya Datuk menyedari bahawa Yayasan Sabah yang memohon lesen pembalakan tetapi Kontraktor yang melakukan gerak kerja di lapangan untuk mendapatkan kelulusan dan saya melihat pertalian antara pegawai Datuk dan Frank Han adalah bercanggah dengan undang-undang kerana mempunyai hubungan dan kepentingan untuk diri mereka sendiri.

15. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik Datuk agar menangguhkan atau membatalkan lesen pembalakan yang diluluskan secara silap bagi konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) sehingga siasatan menyeluruh dijalankan.

16. Bak kata pepatah, gunung akan tetap menjadi gunung kerana Gunung Kinabalu adalah kemuncak tertinggi di Asia Tenggara. Pemeriksaan fizikal harus dilakukan oleh Datuk sendiri untuk menyelesaikan kesangsian masyarakat terutama pembayar cukai yang membolehkan Datuk duduk bersenang-lenang dalam bilik berhawa dingin dengan membetulkan segala kesilapan dan jenayah kolar putih yang berlaku selama ini.

Sekian, Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Ketua Penerangan AMK Keadilan Sabah.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Surat Terbuka ini disalinkan kepada;

YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Selasa, 3 November 2009

RESOLUSI ANGKATAN MUDA PKR BERHUBUNG TAMRIN


ANGKATAN Muda PKR Sabah dalam mesyuarat khas baru-baru ini, telah mengambil tiga ketetapan bagi meredakan situasi yang agak tegang dan membawa kepada bibit persengketaan politik antara dua puak yang bertelagah di dalam parti.

Berikutan adalah ketetapan yang diambil;-

a) Angkatan muda PKR Sabah menyokong keputusan Pimpinan Tertinggi PKR pusat dimana telah melantik Ahmad Tamrin Hj.Jaini sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Sabah yang baru.

b) Angkatan Muda PKR Sabah juga amat menghormati keputusan yang diambil oleh Dr.Jeffry Kitingan (Naib Presiden PKR) bersama Puan Christina Liew (MPT) meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat Pusat.

c) Angkatan Muda PKR Sabah juga menyarankan kepada pucuk pimpinan tertinggi Parti agar menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahli parti yang memasukkan dalam media ke atas konflik dalaman serta perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama parti dan menyebabkan timbulnya salah faham masyarakat ke atas Parti.

Pergolakan terbaru ini bagi pandangan AMK telah mencorak Landskap Politik PKR Negeri Sabah yang mana salah faham terhadap apa yang sebenarnya berlaku yang menyebabkan pandangan negatif terhadap parti.